Pertubuhan Badan Amal Islam WIlayah Persekutuan (IKATAN)
Pertubuhan Badan Amal Islam
Wilayah Persekutuan (IKATAN)

Laman Web Ini Masih Dalam Proses Pembangunan, Sebahagian Dari Kandungan Masih Belum Dikemaskini Sepenuhnya. Sila Berikan Maklumbalas Dan Cadangan Bagi Sebarang Penambahbaikan. Terima Kasih.
PENGENALAN.
Pertubuhan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan atau singkatannya IKATAN adalah pertubuhan gabungan organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam yang mensasarkan dakwah dan kebajikan umat Islam di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Usaha gabungan dan permuafakatan NGO-NGO Islam ini telah dicetuskan pada awal tahun 2008 oleh YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu dan telah diinisiatifkan penubuhannya oleh SS Datuk Hj. Wan Zahidi Hj. Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan pada ketika itu.
IKATAN telah dirasmikan pada 23 Disember 2008 oleh Ybhg Dato’ Hj. Wan Muhammad Sheikh Abd Aziz, Ketua Pengarah JAKIM ketika itu dan mempunyai perlembagaan yang sah di sisi undang-undang Malaysia.
Dalam era modernisasi yang pesat ini, kerjasama adalah amat diperlukan di antara NGO Islam ini. Dengan adanya persatuan yang menggabungkan pergerakan dan usaha NGO Islam ini dapat memberikan impak yang lebih besar ke arah membantu dan menyumbang sesuatu yang lebih baik kepada umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.



MATLAMAT.
# Membina jaringan di kalangan NGO Islam di Wilayah Persekutuan.
# Menjadi jurubicara hal ehwal dan kebajikan ummah di Wilayah Persekutuan
# Mengembang syiar Islam di Wilayah Persekutuan
# Mempertahankan kredibiliti Syariat Islam di Wilayah Persekutuan
# Menyampaikan dakwah kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan