Perkampungan Menara Gading Kuala Lumpur 2015 - ABIM WP
- ikatannet
- Feb 19, 2015
- 1 min read
Perkampungan Menara Gading Wilayah Persekutuan 2015 yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama ABIM Wilayah Persekutuan telah berjaya menarik seramai 203 orang lepasan SPM dari seluruh kawasan Lembah Klang. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam itu mendapat sambutan hangat dari kalangan lepasan SPM dan menepati pencapaian program dengan target seramai 150 orang pelajar sahaja.
PMGKL 2015 yang turut mendapat sumbangan dana dari IKATAN berjaya membawa mesej akan kesedaran belia lepasan SPM untuk terus menimba ilmu ke menara gading. Berbekalkan pengalaman dan kemahiran dari kalangan fasilitator, program ini secara tidak langsung memberi gambaran yang jelas akan kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di peringkat pengajian IPTA mahupun IPTS di Malaysia dan dapat memberikan semangat kepada para peserta.
Turut hadir beberapa pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan memberi pengisian modul dan perkongsian ilmiah kepada para peserta. PMGKL 2015 turut membawa perkongsian dari Persatuan Anak Muda Syiria, UIAM akan kesedaran terhadap isu global yang sedang berlaku di Negara-Negara Arab seperti Syiria dan Palestin agar pendedahan ini dapat membuka mata dan minda pada para peserta.
Perasmian penutup PMGKL 2015 telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Fauzan, pensyarah ICT UIAM, Gombak pada hari terakhir PMGKL 2015.
Comentários